
Maliki
6 tahun
Bagaimana cara untuk buang ketuat?
hello doktor…saya ingin bertanya…saya berumur 29 tahun…saya mohon bagaimana cara untuk buang ketuat. saya risau berlarutan. agaknya pembersihan yg tidak teratur…

6 tahun
Terima kasih untuk soalan saudara.
Ketuat, atau genital wart, merupakan sejenis ketumbuhan yang disebabkan oleh jangkitan human papilloma virus atau HPV.
Ketuat yang kecil biasanya akan sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan. Jika anda mempunyai ketuat di bahagian kelamin, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. Sekiranya anda mengalami ketuat selepas menjalankan hubungan kelamin, anda mempunyai risiko untuk menghidap jangkitan kelamin yang lain seperti gonorrhoea dan chlamydia.
Ketuat biasanya dirawat dengan menggunakan ubat sapu. Terdapat pelbagai jenis ubat sapu di pasaran sekarang dan ia datang dalam bentuk cecair, gel, krim atau pelekat berubat. Ubat ketuat biasanya mengandungi ubatan seperti salicylic acid, imiquimod, tricholoacetic acid atau podophyllin. Bahan-bahan ini akan membunuh kulit yang telah dijangkiti dan seterusnya akan menanggalkan ketuat.
Anda boleh memilih cara lain seperti cryotherapy atau laser untuk membuang ketuat. Untuk cryotherapy, cecair nitrogen akan diletakkan pada ketuat untuk beberapa saat. Cecair nitrogen yang sangat sejuk tersebut akan membunuh sel-sel kulit yang telah dijangkiti. Cryotherapy adalah selamat dan jarang menyebabkan kesan sampingan.