
khairianuar484
4 tahun
Bagaimana hendak membuat ujuan tiroid di klinik kesihatan
Saya wanita berumur 25. Bulan lepas saya telah mengalami demam malam berturut turut selama 4 hari dan telah mendapat kan rawatan di klinik swasta antara gejala yg saya hadapi semasa demam tersebut adalah demam malam, susut berat badan dan kurang penghasilan air liur yg menyebabkan kesukaran untuk menelan. Dr tersebut telah menasihatkan saya supaya menjalani ujian tiroid selepas membuat pemeriksaan fisikal selain kerana sistem pembuangan saya yg tidak baik (1-2 mggu tidak membuang kalau tidak makan yogurt) dan sehingga kini tekak saya masih mengalami kesukaran menelan dan ade pengumpulan kahak yg tidak keluar selain hidung tersumbat setiap malam. Bolehkah saya pergi ke klinik kesihatan untuk membuat ujian tiroid tau perlu untuk membuat pemeriksaan dengan Dr klinik kesihatan tersebut dahulu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh ke klinik kesihatan dan nyatakan simptom-simptom yang telah anda jelaskan. Anda akan ditemu bual doktor sebelum apa-apa ujian dilakukan. Pengendalian ujian tiroid bergantung kepada penilaian beliau. Sekiranya anda ke klinik swasta, anda boleh melakukan ujian tiroid ini sekiranya pekhidmatan disediakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.