
Sulit
4 tahun
Bagaimana kendali austism
-Knk2 lelaki
-Umur 3 thn
Sy ingin bertnya adkah ok tindakan sy mengalihkan tangannya ketika dia menggenggam kuat tangannya sendiri. knk2 ini sering mengenggam kuat tangannya pd wktu2 spt ketika teruja, gembira dll, ttp tidak membhykan diri dan tidak hyperactive (seakan seperti cuba mengekpresikan perasaan).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, . masalah autisme di kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan dan ianya dapat memberi kesan kepada tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkah laku. Rawatan awal dan perhatian yang cukup mampu memberi perbezaan besar dalam kehidupan kanak-kanak golongan ini. Mengenai cara rawatan atau pengendalian dengan lebih lanjut, sebaiknya anda merujuk pakar atau doktor secara langsung agar penerangan yang sempurna dapat diberikan kepada anda. Sekiranya tindakan anda mengalihkan tangan anak anda bertujuan untuk langkah berjaga-jaga atau mengelaknya daripada mencederakan diri atau sebagainya, ia adalah wajar. Hal ini adalah dibolehkan kerana ibu bapa atau penjaga kanak-kanak autisme kebiasaannya akan sentiasa berjaga-jaga dan mengawasi anak terutama sekiranya mereka sedang bermain.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih