
Anonymous
6 tahun
Bagaimana mahu sembuhkan ketuat di sekitar dubur?
Doktor,saya mempunyai masalah ketumbuhan ketuat sekitar dubur,macam mana hendak menyumbuhkan nya?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Ketuat merupakan sejenis ketumbuhan yang disebabkan oleh jangkitan HPV atau human papilloma virus. HPV biasanya merebak melalui hubungan kelamin atau dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. Ketuat biasanya tidak mendatangkan bahaya tetapi jangkitan HPV kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan kanser pintu rahim atau cervical cancer. Selain itu, HPV juga membawa risiko untuk kanser mulut atau kanser dubur, terutamanya dalam kalangan orang yang mengamalkan hubungan kelamin melalui mulut dan dubur.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian lain sekiranya diperlukan untuk anda. Jika anda mengalami masalah ketuat selepas anda menjalankan hubungan kelamin, maka doktor akan menjalankan ujian lain kerana anda mempunyai risiko untuk menghidap jangkitan kelamin yang lain. Anda usah risau kerana doktor tidak akan membongkarkan identiti anda dan setiap jangkitan kelamin mempunyai rawatan terbaiknya.
Terdapat pelbagai jenis cara yang boleh digunakan untuk merawat ketuat. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah menggunakan ubat sapu atau pelekat ketuat. Pelekat ketuat adalah kurang sesuai digunakan di bahagian dubur maka ubat sapu adalah paling sesuai untuk anda. Ubat sapu ketuat datang dalam bentuk krim, cecair atau gel. Oleh sebab ubat sapu mengambil masa yang lama untuk membuang ketuat, doktor boleh membuang ketuat dengan menggunakan cryotherapy atau laser.

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Ketuat kemaluan atau ketuat genital selalunya disebabkan oleh virus bernama Human Papilloma Virus (HPV). Ciri-ciri ketuat ialah:
• Berwarna kulit atau merah jambu
• Lembut
• Mungkin timbul atau rata
• Timbul secara bersendirian atau secara berkumpulan
Ketuat biasanya timbul di bahagian vagina, dubur atau pangkal rahim bagi wanita. Untuk lelaki keruat biasanya timbul di bahagian penis ataupun buah zakar. Ketuat boleh kekal di dalam tubuh untuk jangka masa yang lama tanpa memberi sebarang masalah. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih banyak dan besar. Ia juge boleh meneyebabkan kanser pangkal rahim bagi wanita.
Ketuat genital boleh dicegah dengan beberapa langkah mudah:
• Elakkan daripada melakukan hubungan seks sehingga sembuh kerana ia boleh menjangkit pasangan anda
• Jika aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat
• Setia kepada seorang pasangan, elakkan daripada bertukar-tukar pasangan
• Gunakan kondon ketika melakukan hubugan seks untuk mengelak jangkitan
Ketuat genital kebanyakannya akan hilang secara spontan. Jika anda mengesyaki anda mengalami jangkitan ini, berjumpalah doktor dengan segera.