myrapid1314
4 tahun
Bagaimana Mengurangkan Morning Sickness Tanpa Pengambilan Ubatan Secara Berterusan?
Hi…sy Lea sekarang sedang hamil anak ke 4,umur kandungan 10 minggu.Saya mengalami morning sickness yang sangat teruk pada 3 kehamilan yang lepas dan pernah masuk wad sebab alahan mengandung yang teruk sampai tak boleh makan/minum.Anak ke4,sekarang saya agak kurang mengalami alahan yang teruk selepas berjumpa dengan doktor dan dibekalkan dengan ubat tab.maxolon & ranitidine.Pertanyaan saya…boleh ka saya meneruskan pengambilan dua jenis ubat ini sehingga morning sickness saya beransur pulih?Ada tak side effect kepada bayi sekiranya saya mengambil kedua ubat ni dalam jangka masa yang panjang.Kerna biasanya alahan ni akan stop masa usia kandungan 5 bulan keatas.Dan ada tak cara lain untuk mengurangkan gastrik & mual muntah selain pengambilan ubat ?Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, sebanyak lebih 50% ibu mengandung mempunyai keluhan yang sama pada trimester pertama kehamilan. Hal ini terjadi kerana seiring dengan pembesaran rahim pada kehamilan, tekanan dalam perut juga bertambah sehingga menolak perut dan esofagus keatas. Maka, asid dan isi perut juga akan tertolak naik sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti mual, muntah, dan kembung.
Terdapat ubat-ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik serta mual-mual. Sebetulnya, setiap ubat mempunyai efek samping dan risiko tersendiri. Namun, wanita hamil perludiingatkan bahawa loya dan muntah biasanya tidak membahayakan janin. Malah, ubat-ubatan yang digunakan untuk mengubati keadaan ini tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko kecacatan kelahiran, keguguran, prematur atau akibat buruk lain dalam kehamilan. Selain pengubatan, terdapat beberapa hal yang boleh diamalkan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Terlebih dahulu, sebaiknya puan berbincang dengan doktor sebelum melakukan tes minum air gula. Dalam pada itu, sekiranya anda mengalami salah satu gejala dibawah, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan konsultasi doktor.
- nafsu makan berkurang
- berat badan berkurang
- pucat, letih, lesu
- muntah
- muntah darah atau berak darah
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih