
aizaadlina.roselan
4 tahun
Bagaimana nak tahu anak saya benar2 menghidap Adhd?
Hi, saya ada anak berusia 7, tahun. Saya baru terbaca artikel berkenaan dengan ADHD, simtom itu ada pada anak saya. Macam mana saya nak pastikan adakah anak saya betul2 mempunyai ADHD. Kepada siapa perlu saya jumpa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anak anda mempunyai masalah psikologi ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anak anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Untuk menjawab persoalan anda, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak ataupun psikiatri untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya mendapat diagnosis dan rawatan mengenai masalah yang anak anda sedang alami.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.