
Sulit
4 tahun
Bagaimana untuk mengelakkan daripada hamil
hai doc, saya ingin bertanya bagaimana cara untuk mengelakkan daripada hamil selepas 2 hari melakukan seks? Perlukah untuk makan pil perancang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Bagi masalah anda, anda bolehlah mengambil pil perancang kecemasan. Pil perancang kecemasan perlu diambil paling lewat dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Namun, untuk kesan yang lebih baik, ia perlu diambil di bawah 24 jam setelah berhubungan seksual. Bagi anda, kaedah perancang kecemasan bergantung kepada beberapa faktor seperti jantina, status pemakanan, sedang menyusu serta keperluannya. Kontraseptif kecemasan boleh didapati dalam bentuk pil serta peranti intrauterin (intra-uterine device).
Jika anda mempunyai alahan terhadap levonorgestrel, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil pil ini. Perlu diingatkan bahawa pil perancang kecemasan tidak akan melindungi anda daripada jangkitan HIV atau penyakit kelamin yang lain.
Secara umumnya, anda tidak digalakkan mengambil pil tersebut berlebihan dalam satu kitaran haid. Hal ini kerana bimbang ia akan menyebabkan haid tidak teratur.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.