
Jian
6 tahun
Bagaimanakah cara yang paling selamat untuk menggugurkan kandungan?
Hai. Salam sejahtera. Isteri saya yang berusia 22 tahun dan masih menuntut di sebuah universiti. Kami telah melakukan hubungan kelamin. Dia mengadu kat saya dia tidak mengalami kedatangan haid yang sudah lewat 14 hari. Saya menasihati dia untuk membuat pengesahan menggunakan alat pengesahan kehamilan atau pregnancy test. Dah hari ni. Isteri saya mendapati positif. Kami telah berbincang dan mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan di atas keadaan yang tidak mengizinkan yang sedang menuntut belajar yang hampir menamatkan pengajian nya. Dengan itu saya ingin meminta nasihat doktor langkah yang paling selamat untuk mengugurkan kandungan di awal kandungan.

6 tahun
Hai. Assalamualaikum saudara.
Menurut undang-undang di Malaysia, negara kita telah mengharamkan pengguguran bayi tanpa sebab-sebab perubatan. Walaupun terdapat sebab-sebab perubatan, ia juga perlu diteliti dan diperhalusi bagi memastikan pengguguran tersebut dilakukan hanyalah untuk menyelamatkan nyawa si ibu.
Dengan menggunakan maklumat yang telah dijelaskan di atas, adalah menjadi satu kesalahan untuk saudara melakukan pengguguran menurut undang-undang Malaysia.
Tiada langkah yang boleh dianggap selamat apabila melakukan pengguguran. Antara cara yang dilakukan oleh pengamal-pengamal perubatan di klinik-klinik persendirian yang melakukannya secara tidak sah adalah menggunakan teknik dilatation and curettage. Teknik ini, jika tidak dilakukan dengan betul dan tanpa alat yang bersih serta kelengkapan yang cukup, boleh mendatangkan kematian kepada wanita yang menjalani proses tersebut.
Dengan itu, adalah dinasihatkan untuk saudara meminta penjelasan serta nasihat yang lebih lanjut dari doktor-doktor pakar di mana-mana hospital.

6 tahun
Salam sejahtera.
Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa seseorang wanita itu tidak dibenarkan untuk menggugurkan anak kecuali 2 orang doktor telah mengesahkan bahawa kesihatan fizikal atau mental wanita tersebut akan dibahayakan sekiranya dia terus mengandung. Salah satu daripada 2 orang doktor tersebut adalah pakar psikiatrik dan seorang lagi adalah pakar O&G atau pakar bidang lain.
Mana-mana orang baik doktor atau tidak yang menjalankan pengguguran kandungan untuk wanita tersebut tanpa pengesahan dari 2 orang doktor adalah bersalah dan boleh didakwa di mahkamah. Untuk warga Islam, pengguguran kandungan juga harus dijalankan mengikut fatwa yang telah ditetapkan selain pengesahan dari 2 orang doktor.
Pengguguran kandungan perlulah dijalankan seawal mungkin kerana pengguguran yang lewat mendatangkan risiko yang lebih tinggi untuk komplikasi seperti perdarahan yang berlebihan. Seeloknya pengguguran harus dijalankan sebelum 9 minggu mengandung. Anda digalakkan membawa isteri anda berbincang dengan doktor secepat mungkin.