
Sulit
4 tahun
Bahagia yang menyakitkan
sejak kecil… saya selalu menggila atau menari bila rasa seronok.padahal perkara kecil saja…
Kadang-kadang saya akan menggila sampai kena marah lalu menangis lepas tu buat lagi sampai saya letih.
Bila saya dah letih barulah saya boleh duduk diam…
Sama juga ketika saya sedang bermain dengan adik saya… saya akan usik dia… main kejar-kejar lepas tu lompat katil kemudian ulang balik buat perkara yang sama sampai saya letih lepas tu baru saya boleh berhenti.
Saya macam mudah rasa bersemangat sejak kecil & saya tak tahu macam mana nak berhenti.
Sekarang ni pula, saya susah nak berhenti dengar muzik dan berangan.bila dah berangan jauh sampai sakit kepala… baru boleh berhenti.
Saya rasa seperti kerasukan.
Saya rasa seronok tapi terseksa sebab tubuh badan saya tak mampu nak mengendalikan semua semangat dan idea dalam otak saya.
Bila saya bersemangat… saya tak boleh tidur malam sebab tak ada rasa mengantuk.
Bayangkan, pukul 4 pagi saya layan lagu Inul sambil menari seperti orang yang kerasukan.
Lepas dah penat menari tu barulah saya boleh tidur…
Inilah yang saya perlu lalui hampir setiap hari.
Fikiran saya seperti saluran tv yang tak pernah berhenti bersiaran.
Makin terperinci angan-angan tu… makin sakit kepala saya.
Dulu saya pernah kacau pelajar sekelas sampai dia rimas dengan saya.
Saya rasa seronok bila dapat buat dia rimas tapi lepas tu cikgu marah dan malukan saya depan semua pelajar.
Sejak kejadian tu, saya jadi pendiam dan takut untuk kesekolah sampailah ke hari ini.
Saya juga sudah tidak lagi bercampur dengan orang dan banyak habiskan masa dirumah.
Sekarang saya hanya berani buat perkara yang saya suka apabila berseorangan dirumah sebab saya malu dan risau kalau ada perkara tak diingini terjadi.
Mula-mula saya terlihat atau terdengar sesuatu yang saya senangi lepastu saya dapat idea lepastu saya rasa bersemangat lepastu saya menggila,berangan atau menari lepastu saya letih lepastu ulang balik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, penyakit kemurungan atau depression hanya boleh diketahui setelah anda membuat pemeriksaan dan ujian bersama dengan doktor pakar.
Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- Cerita keadaan sebenar dan masalah anda dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- Jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- Jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- Mendapatkan rehat / tidur yang secukupnya
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.