
Sulit
4 tahun
Bahagian abdomen kanan keras
Saya wanita umur 51,doktor,bahagian abdomen kanan saya terasa keras,tapak tangan sedikit kuning,malam susah tidur,adakah liver saya bermasalah?kadang kadang abdomen kanan saya terasa sakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu terasa keras pada abdomen bahagian kanan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- ketegangan pada otot abdomen
- hati ataupun limpa yang membesar atas sebab tertentu seperti jangkitan kuman, thalassemia dan sebagainya
- radang peritoneum
- pembesaran salur darah abdomen (abdominal aortic aneurysm)
- ketumbuhan dalam perut sama ada tidak bahaya (benign) ataupun kanser
- kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, kami memerlukan maklumat lanjut dari anda. Beberapa soalan harus kami ajukan sebelum membuat kesimpulan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.