
Sulit
4 tahun
Bahagian bahagian badan bergetar
Hi doc.saya bru 15 thun.jari ibu saya bergegar hanya sekali seingat saya dan tidak muncul shingga hari ini tetapi terdapat pergerakan di bahagian tertentu seperti di bahagian otot belakang, betis dan jari kaki dianggar 2 saat dan ini sering terjadi adakah ini berbahaya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf atau otak
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam badan)
- Ketidakseimbangan elektrolit (electrolyte imbalance)
- Kencing manis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami tidak dapat menentukan sama ada keadaan yang anda alami tersebut bahaya ataupun tidak kerana maklumat lanjut adalah diperlukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.