
Sulit
3 tahun
Bahagian perut belah kiri
Hai. Saye iela berumur 33 tahun. Sy dh berkahwin dan ade anak 3 orang. Sejak akhir akhir ni sy rase mcm sesuatu n mcm tdk selesa di bahagian perut sy belah kiri. Dia tak sakit sangat pun, cume rse mcm x slesa. Rse dia lebih kurang mcm bile kite sakit nk berak. Rse mcm memulas belah kiri, tp ni x rse kuat pun… x reti nk bagitahu mcm mane. Sy x pergi cek ke klinik lagi. N kdg² sy sapu minyak angin. Kentut n buang air ok je…sy risau jugak, n harap² xde ape yg serius

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan organ dalaman (limpa, pankreas, buah pinggang, dll.)
- jangkitan kuman
- gangguan ketumbuhan yang jinak mahupun ganas
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Gangguan bernafas anda pula boleh disebabkan oleh peningkatan tekanan abdomen mahupun gangguan yang khas dari saluran pernafasan.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.