Anonymous
3 tahun
Bahagian perut sebelah kanan tidak selesa
Saya berumur 37 tahun…mengalami masalah kencing kerap dan bahagian perut sebelah kanan tidak selesa
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit kencing manis
Terlalu banyak minum air
Masalah prostat
Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Radang pada pundi kencing
Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit perut bahagian kanan:
Ulser duodenum (duodenal ulser)
Gastroenteritis
Masalah pencernaan (dispepsia)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.





























