
Sulit
3 tahun
Bahagian rectal selalu rasa macam cramp..sakit
isteri saya umur 67tahun. kerapkali rasa sakit dibahagian rectal semacam cramp. kadang2 bila makan pedas. tetapi berlaku juga bila tak makan pedas. mengapa. sakit apa dan cara perubatan. Terima kaseh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala isteri anda mengalami tersebut, sakit rectal boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Buasir
- Fisur dubur (luka pada dubur)
- Jangkitan kulit sekitar
- Impaksi tinja
- Prolaps rektum (bahagian bawah usus besar tergelincir di luar pembukaan)
- Polip dan selainnya
Perkara-perkara atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa sekali dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala isteri anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.