
Anonymous
5 tahun
Bahagian sulit wanita gatal
Sy wanita umur 26 tahun…mempunyai 3 org anak…anak paling kecil 8 bln…selps melahirkan anak bongsu…sy mengambil suntikkan untuk mengelakkan mengandung…semenjak mengambil suntikkan ini…period dtg x menentu…kadang2 warna period berwarna coklat…warna coklat ini kadang2 buat bahagian sulit sy gatal…sy dah gatal 2 hari rasa x selesa btl…ada x ubat yang sesuai utk masalah sulit yang gatal

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah keputihan boleh disebabkan oleh banyak punca dan tidak semuanya berjangkit.
Apa yang boleh menyebabkan gatal-gatal ? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD)
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina)
- Menopaus
- Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Masalah ini dapat dirawat dengan konsultasi daripada doktor untuk mendapatkan ubat anti-kulat, anti-bakteria dan juga langkah-langkah pencegahan jangkitan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.