
heidi
5 tahun
Bahaya ke darah tinggi ketika mengandung
Bahaya ke darah tinggi ketika mengandung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi menjawab soalan anda- YA, darah tinggi yang tidak terkawal adalah berbahaya kepada ibu mengandung dan juga kandungannya. Saya akan menerangkan sedikit info mengenai darah tinggi ketika mengandung. Secara amnya, darah tinggi ketika mengandung boleh diklasifikasikan sebagai :
o Darah tinggi yang disebabkan oleh mengandung
• Gestational Hypertension - bermaksud pesakit tidak mengalami darah tinggi sebelum mengandung. Setelah mengandung, darah tinggi dikesan dalam pesakit. Walau bagaimanapun, selepas bersalin, tekanan darah akan kembali normal
• Praeklampsia dan eklampsia - adalah keadaan kecemasan di mana tekanan darah tinggi menaik dengan mendadak dan di dalam sample air kencing, didapati terdapat butiran protein. Ini merupakan keadaan yang serius dan perlu mendapat bantuan kecemasan di hospital
o Darah tinggi yang meningkat disebabkan mengandung
• Ini bermaksud pesakit sudah mengalami darah tinggi sebelum bermula mengandung, dan ketika mengandung, tekanan ini meningkat. Setelah tamat kandungan, darah tinggi masih ada.
• Komplikasi darah tinggi ketika mengandung adalah sama seperti orang biasa, namun, perlu disedari, kandungan juga akan terdedah dengan komplikasi ini, malah lebih berbahaya.
• Seperti contoh kerosakan buah pinggang dan risiko sakit jantung kepada ibu mengandung
• Bagi kandungan pula, akan mengalami komplikasi seperti :
o Kurang saluran darah ke Uri & kandungan - seperti kita maklum, kandungan mendapat sumber oksigen dan nutrien dari darah ibu yang mengalir ke uri (placenta). Sekiranya terdapat pengurangan bekalan darah ke uri, kandungan akan mendapat oksigen dan nutrien yang kurang dari tahap yang diperlukan. Ini boleh membawa kepada pembantutan tumbesaran dalam kandungan (intrauterine growth restriction), kurang berat badan ketika dilahirkan (low birth weight) dan kelahiran pra-matang.
o Praeklampsia meningkatkan risiko ‘placenta abruption’ di mana uri tertanggal dari dinding rahim sebelum tiba masa matang dan menyebabkan pendarahan yang teruk dan mengugat nyawa ibu dan kandungan
• Oleh hal yang demikian, ibu-ibu mengandung sangat digalakkan mengikuti program rawatan susulan oleh pihak KKM iaitu ‘Pink Book’ bagi mengawal perkembangan kesihatan ibu dan kandungan.
• Sekiranya terdapat keperluan untuk regimen ubat darah tinggi, para doktor akan memberi preskripsi ubat yang sesuai untuk ibu mengandung tanpa kesan sampingan.
• Saya harap info sedemikian dapat membantu anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.