
Sulit
3 tahun
Bahaya tak ambil vaksi kalau saluran buah pinggang dan saluran kencing zakar darah tersumbat teruk
Doktor,saya lelaki berumur 27 tahun,saya dah sakit buah pinggang sejak tahun 2020 bulan 2… saya ada mengalami sakit kedua buah pinggang iaitu berlakunya buah pinggang menjadi kecut selepas kencing dan juga saluran kencing tersumbat…ianya berpunca daripada sikap onani sehingga menyebabkan buah pinggang dan zakar berlakunya kejadian saluran darah tersumbat…
Hal ini kerana apabila zakar saya menahan air kencing ia akan menjadi sempit pada keliling zakar berbentuk nombor lapan…dan juga menyebabkan saluran darah tersumbat akibat kesilapan onani suatu ketika dahulu…dan hasilnya skrang saya menderita pada zakar apabila minum air yang berwarna samada air milo,oren atau teh atau air ais pencelup…bila nk kencing nnti ianya akan bertukar warna kuning,maka apabila kencing keluar warna kuning,ianya akan jd sakit sangat pedih semacam lubang saluran air kencing jd terhimpit menyebabkan pancutan jd sakit…akan tetapi apabila saya minum air mineral air putih sahaja tanpa minum air warna …ianya kencing akan keluar warna putih dan kencing warna putih tidak sakit bila kencing …
Jadi sekrang ini saya jadi ada dua penyakit kronik yang besar iaitu kedua buah pinggang kecut jd panas dan rsa semput dalam buah pinggang dan juga rasa aliran elektrik dlam buah pinggang jika saya tak minuk air kosong dan zakar akan jd kecil sekali sehingga 3 cm jika tiada air dan menjadi sakit jika tiada air dalam bdan…
Jd persoalan saya doktor,adakah saya boleh ambil vaksin atau disarankan elakkan mengambil vaksin?
Sebab saya risau bila vaksin,saluran darah akan makin tersumbat dan menyempitkan bahagian zakar saya…dan dalam buah pinggang saya rsanya kecut bahagian dalam urat2 kecil dan saluran kencing…
Saya tak pernah jumpa doktor lagi.saya rahsiakan hal ini supaya parent saya tak tahu yang saya sakit secara senyap2 doktor… bagaimana tu doktor kalau untuk vaksin? Bahaya tak kes saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai masalah buah pinggang. Menurut doktor pakar diseluruh dunia, kebaikan dan manfaat vaksin adalah lebih baik berbanding dengan komplikasi yang bakal terjadi sekiranya individu dijangkiti COVID-19 kerana virus ini akan membawa kemudaratan yang lebih buruk kepada individu yang mempunyai penyakit kronik. Justeru pencegahan melalui vaksin adalah digalakkan. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Mengenai saluran darah anda, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini