
Sulit
3 tahun
Bahu ke lengan tidak boleh diangkat
Saya berusia 31 tahun…masalah saya urat kanan saya ditarik semasa tidur…menyebabkan sakit belakang tengkuk sampai bahu hingga ke lengan tidak boleh diangkat…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
Kecederaan- Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyebabkan ketegangan leher, atau kekejangan otot leher.
Umur yang meningkat- Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.
Osteoarthritis adalah gangguan sendi menyebabkan kemerosotan tulang rawan secara progresif. Tubuh bertindak balas dengan membentuk tulang baru yang disebut ‘osteophytes’ (taji tulang) yang mempengaruhi pergerakan sendi.
Stenosis tulang belakang menyebabkan foramen, laluan neural kecil, menjadi semakin sempit yang mungkin boleh memampatkan dan memerangkap akar-akar saraf. Stenosis boleh menyebabkan sakit leher, bahu, dan lengan dan rasa kebas apabila saraf ini tidak boleh berfungsi dengan normal.
Penyakit degenerative disc disease (DDD) boleh menyebabkan cakera intervertebral menjadi kurang terhidrat, menyebabkan cakera menjadi kurang keanjalan dan ketinggian . Dari masa ke masa, cakera boleh membesar atau menembusi menyebabkan kesakitan bahagian anggota tangan, kesemutan, dan kebas.
Kehidupan Seharian- Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula. Tekanan dan ketegangan emosional boleh menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.
Penyakit Lain- Walaupun sakit leher biasanya disebabkan oleh ketegangan, kesakitan yang berpanjangan atau defisit neurologi mungkin merupakan petanda kepada sesuatu yang lebih serius. Gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan. Jangkitan tulang belakang, tekanan yang berat terhadap tulang belakang, tumor, patah tulang, dan gangguan lain boleh berlaku. Jika kecederaan kepala berlaku, kemungkinan besar leher juga boleh terjejas, jadi, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.