fatin_dea89
5 tahun
Baru pulang dari japan dan mengalami sore throat
Saya baru pulang dari japan 22 feb 2020, tak demam tapi mengalami sore throat… Macam mana nk mengetahui sy bebas dari covic 19 or tak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk pengetahuan anda, unjian yang dilakukan untuk mengenalpasti jangkitan COVID-19 adalah melalui ujian darah dan ujian khas PCR. Anda disarankan untuk menjalani ujian tersebut kerana gejala yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































