
amirahasmili2
5 tahun
Baru pulang dari luar negara perlukah saya jalani ujian saringan
Hi Dr. Saya telah melancong ke Eropah (Jerman,Utara Itali dan Austria).Dalam perjalanan balik, saya ada demam,batuk,kahak dan selsema. Setibanya di Malaysia saya sudah tidak demam cuma ada sedikit batuk, selsema dan sakit kepala. Perlukah saya ke hospital untuk ujian covid-19.

5 tahun
Terima kasih atas soalan berikut
Untuk pengetahuan anda, menurut pengumuman daripada Perdana Menteri berkenaan kawalan pergerakan yang bermula pada 18 March hari ini, barang siapa yang pulang dari negara luar perlulah menjalani kuarantin kendiri dan mengawasi simptom jangkitan Covid-19 seperti demam, batuk dan sakit tekak.
Walaubagaimanapun, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini