
aqilahyunos
5 tahun
Baru Pulang Dari Luar Negara
Hello there. Saya merupakan seorang pelajar luar negara yang baru sahaja pulang ke Malaysia. Hari ini merupakan hari ke-8 self-quarantine yg dilakukan oleh saya. Saya menerima informasi bahawa salah seorang penumpang flight dari Doha ke Kuala Lumpur pada 21/03/2050 telah disahkan positif COVID 19 di mana saya juga berada di dalam flight tersebut. Dalam keadaan seperti ini, perlukah saya membuat pemeriksaan walaupun tiada symptoms?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, antara kriteria kontak rapat ialah:
- Anggota kesihatan yang terdedah ketika mengendalikan pesakit COVID-19 tanpa menggunakan peralatan PPE
- Bekerja bersama-sama di dalam sebuah bilik atau kelas dengan pesakit COVID-19
- Berjalan atau menaiki kenderaan yang sama ketika perjalanan bersama dengan pesakit COVID-19
- Tinggal serumah dengan pesakit COVID-19
Disebabkan anda telah menaiki kapal terbang yang sama dengan salah seorang penumpang yang disahkan positif COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Anda juga disarankan untuk membuat pemeriksaan.
Anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini