
janejianna86
5 tahun
Batu beepanjangan dan Demam selesema
Doktor, anak sy batuk beepanjangan selama beberapa minggu tanpa sebab yg pasti… Beberapa hari lalu dia di jangkiti selesema dan selepas 2 hari batuk dan selesema, anak sy demam dgn suhu badan 37.5°.apakah yg perlu syg lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, batuk, selsema dan demam bagi kanak-kanak biasanya menandakan jangkitan virus atau bakteria. Ia boleh bermula daripada jangkitan dari tekak, sinus hidung atau jangkitan lebih serius seperti jangkitan paru-paru.
Oleh itu, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera agar punca gejala ini dapat dikenalpasti dan dirawat dengan segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.