
Sulit
5 tahun
Batu tonsil dan halitosis
assalamualaikum dan salam sejahtera doktor… Saya mempunyai masalah mulut dan nafas berbau yang sangat teruk. Saya percaya ianya berpunca daripada ketulan putih yang terdapat di celah poket tonsil saya kerana adakalanya sewaktu saya memberus gigi ataupun saya mengeluarkan kahak dengan kuat akan keluar beberapa ketulan kecil berwarna putih yang sangat busuk. Jadi saya ingin meminta pendapat doktor apakah tindakan yang perlu saya buat ? saya telah mencuba berkumur dengan air garam dan cuba mengorek keluar batu tersebut tetapi kurang berhasil kerana saya dapati mulut dan nafas saya masih berbau. Untuk pengetahaun doktor saya telah berjumpa dengan beberapa orang doktor gigi klinik kerajaan dan swasta untuk membuat pemeriksaan gigi namun doktor memberitahu keadaan gigi saya adalah sihat. Saya sangat percaya masalah saya berpunca daripada tonsilolith. Adakah saya perlu menjalani pembedahan membuang tonsil saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah ini memerlukan anda berjumpa pakar ENT di hospital. Anda boleh dapatkan surat rujuk (refer letter) dari klinik untuk berjumpa pakar ENT. Kesimpulan dan rawatan hanya boleh diberikan setelah konsultasi lanjut dan pemeriksaan fizikal dilakukan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, anda juga boleh rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.