
mohdzukridarus83
5 tahun
Batuk berdarah sikit
Ank saya umr 8 tahun…dh smggu dia ludah kluar drh…dh xray,normal…dia xdemam,xskt dada,xsakit kepala…mkn main normal…dia buat mcm batuk lps 2 klua drh…xbyk…sblm ni klua drh cair…tp pg ni klua drh mcm pekat n ada buih…mgkin buih air liur dia ja…tp xbyk…dlm 1sudu kecil mcm 2…tlg doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Luka akibat tersalah makan objek tajam atau makanan seperti tulang ikan atau ayam
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
- Penyakit tibi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.