
redviolet00
5 tahun
Batuk berkahak,nafas laju dan berbunyi pd anak bawah 2 tahun
Salam 1 Malaysia. Anak sy berumur 1thn 4 bulan kerap alami demam batuk berkahak … Dia pernah admit utk dktr monitor dan rawatan sedut gas diberikan… Utk makluman, setiap kali ank sy demam batuk kahak dia pasti akn kena sedut gas d klinik… Selain dr sedut gas, tiada masalah kdr kesihtan dia… Cuma dia selalu sedut gas… Org keliling sy ckp klu selalu sedut gas nti lama2 bole jd asma… Betul ke doktor? Selain dr rawatan sedut gas utk cairkan kahak, adakah rawatan lain yg bole diberikan pd ank sy utk legakan batuk berkahak dia dan mengurangkan/menghilangkn bunyi di dada dia…
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, asma bukanlah penyakit yang didapat akibat selalu mendapatkan perawatan (oksigen) gas. Akan tetapi, asma sebenarnya adalah penyakit yang mempunyai komponen genetik yang besar pengaruhnya. Ini bermaksud bahawa penyakit ini diwarisi daripada orang tua. Sementara itu, perawatan gas tersebut bertujuan untuk memberikan oksigen agar tidak terjadi komplikasi kekurangan oksigen sehingga boleh menganggu sistem tubuh terutamanya fungsi otak.
Merujuk kepada rawatan melegakan batuk berkahak dan bunyi dada, pertama sekali, penting untuk puan mengetahui diagnosis penyakit anak puan agar maklumat tepat dapat diberikan. Seandainya diagnosis penyakit adalah asma, harus diketahui bahawa penyakit asma mempunyai trigger yaitu pencetus kejadian penyakit. Trigger ini harus dikontrol atau dielakkan agar episode sesak, batuk dan bunyi dada tidak terjadi. Antara trigger yang biasa adalah:
- Sejuk contohnya malam atau udara sejuk
- Debu, habuk
- Asap rokok
- Emosi yang berlebihan seperti terlalu marah atau terlalu gembira
- Aktiviti fizikal yang berat contohnya suka yang berat
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu rutin harian dan pembesaran anak, maka sebaiknya anda mendapatkan perawatan yang tuntas untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.