Sulit
5 tahun
Batuk Bersin Muntah Tidak Deman
Saya ingin bertanya.,saya ada anak 5tahun.,isnin lepas baru oergi ke klinik sebab deman on off.,sekarang hari ke3 demam sudah tiada…cuma gejala batuk,bersin kerap dari smlm hingga harini.,dan muntah selepas makan.,nak tanya disebabkan ape ya perkara ni terjadi.,
Tiada gejala deman lagi.,anak saya aktif spt biasa.,cuma batuk bersin tidak berhenti…dan muntah kadang2 sikit…kadang2 banyak.,2,3mggu lepas anak saya ade jugak demam kandang2 lepas naik sekolah 1mggu…lepas 1minggu tu deman balik.,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius) bagi kanak-kanan demam adalah 38.0
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, gejala batuk dan bersin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- alahan
- allergic rhinits
- dehidrasi
- radang sinus
- jangkitan virus influenza
Walaubagaimanapun, memandangkan anak anda mempunyai gejala batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anak anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara percuma dengan merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































