
manshah019
4 tahun
Batuk Dan selsema bayi
Anak saya bayi 6 bulan, dia sudah terkena batuk Dan selsema berserta ada kahak selama 5 hari… Smpi sekarang masih ad simptom2 tersebut. Saya ada ambil ubat selsema Dan kahak bayi… Ape yg sy jd was was, ad org kata xbgus penganbilan ubat tersebut utk bayi bawah setahun… Adakah ia benar? Dan lagi 1, apekah cara yang brkesan selain penggunaan ubat docter untuk meredakan selsema Dan kahak yang bayi saya alami sekarang. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat bagi bayi dan kanak-kanak ada dosnya yang tersendiri dan sesuai untuk mereka. Sekiranya anda telah berjumpa doktor dan disarankan untuk memberi ubat tersebut, sila teruskan rawatan tersebut seperti yang disarankan.
Sila rujuk kepada doktor kembali jika selsema dan kahak bayi anda tidak hilang. Anda juga perlu menjaga kebersihan dan kurangkan membawa bayi anda ke kawasan yang sesak dan ramai orang agar mengurangkan risiko jangkitan daripada orang lain atau kepada orang lain.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.