Sulit
5 tahun
Batuk dan selsema selama 4 hari
Saya wanita berumur 31 tahun, mengalami gejala batuk dan selsema selama 4 hari.saya tidak pernah keluar negara atau berhubung dengan mama mana pesakit positif covid-19 dan tidak pernah menghadiri mana-mana
perhimpunan.saya telah menjLani ujin saringan covid melalui online dan keputusan menunjukan saya minima utk dijangkiti covid-19. Adakah saya perlu pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan covid-19?
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, batuk dan selesema boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan lain selain COVId-19. Antaranya:
- jangkitan common cold/influenza
- jangkitan kuman pada paru-paru
- asma
- tuberculosis
Berdasarkan jumlah bilangan pesakit, pihak Organisasi Kesihatan Dunia mendapati selesema bukanlah gejala COVID-19. Memandangkan keputusan anda ialah minima, kebarangkalian untuk anda menjalani ujian saringan ialah rendah. Pihak hospital kerajaan ada menyediakan ujian saringan namun hanya terhad kepada mereka yang berisiko tinggi kerana kos ujian tersebut yang tinggi serta ujian ini perlu didahulukan kepada yang sewajarnya.
Kami juga menyediakan servis home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































