
Sulit
4 tahun
Batuk dan tekak gatal..tiada demam tapi tekak gatal sangat
Malam smlam saya Rasa gatal2 kat kerongkong, batuk pun batuk biasa sahaja bukan batuk kering, saya tak merasa saya ni demam suhu badan 36.5°c apa patut yg saya lakukan? Nak pgi klinik sya tidak ada ic … Tetapi org tua sya mmg org miri sini… Sy ada tanda injetion BCG di lengan kiri… tq doctor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah kegatalan pada tekak boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Alahan
- Kurang minum air
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Buat masa sekarang, saya sarankan anda melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.