
Sulit
4 tahun
Batuk dan tekak sakit kalau batuk dan telan makanan
Sy wanita 33 tahun menggelami batu dan tekak sakit selama 4 hari dan langsung tdk dapat telan makan cuma terpaksa minum air.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera
Sakit tekak dan batuk boleh berpunca daripada:
- Radang tonsil
- Jangkitan kuman atau virus padak tekak
- Trauma pada tekak
- Ulser pada mulut
- Jangkitan paru-paru
Disamping itu, berikut merupakan gejala lazim yang dilporkan dalam individu yang terkena jangkitan coronavirus:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Terima kasih.