
Sulit
5 tahun
Batuk demam dan selsema, bapa pulang dari Thailand
Saya lelaki berusia 27 tahun ingin bertanya tebtang status kesihatan saya dan ayah saya. Bapa saya telah pulang dari Thailand pada 9 March 2020. Beliau telah pergi ke hospital selangor untuk penilaian kesihatan pada awalnya tiada apa2 gejala. Namun pada 13 March ayah saya mengalami batuk2 dan selsema, dan kemungkinan saya telah berjangkit daripada dia tetapi saya hanya mendapat demam biasa. Adakah perlu saya mendapatkan ujian pengesahan Covid-19? Sekiranya perlu bagaimana untuk saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan anda dan ayah anda ketika wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kini. Oleh kerana ayah anda mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, terdapat risiko pertembungan dengan mereka yang telah dijangkiti virus walaupun thailand bukanlah dalam kategori negara berisiko tinggi.
Oleh itu, anda dan ayah anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan bagi jangkitan COVID-19 adalah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Namun begitu, gejala ini tidak spesifik dan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti jangkitan virus atau bakteria lain, contohnya influenza, asma, batuk kering, atau alahan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini DoctorOnCall Tanya
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini