
fatinnfantastic
5 tahun
Batuk Kering dan nafas berbunyi
Hi/Assalammualaikum doktor. Saya sekarang ini megalami batuk kering , sesak nafas dan nafas berbunyi. Dan saya tengah pregnant 27 minggu. Kahak saya berwarna putih dan berbuih. Doktor ada solusi untuk masalah ini? Dan apa ia tidak membahayakan kandungan saya? Batuk ni membuatkan saya sukar untuk tidur. Bilaa saya baring ia akan lebih teruk. Kalau saya bangun dalam posisi berdiri atau duduk, ia okay. Apa penjelasan doktor? Atau cara untuk mengatasi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asma
- Bronkiektasis
- Bronkitis
- Gagal jantung
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu taraf kesihatan anda dan janin. Justeru, adalah digalakkan bagi anda untuk merujuk doktor sebelum masalah ini memburuk.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.