nazihah.lucisan
5 tahun
Batuk kering, dan sakit tekak, sedikit selesema
Hi, doctor, saya umur 25, ulang alik kerja menaiki lrt, baru baru ini saya mengalami batuk2 yang semakin teruk, dan suhu badan saya semakin panas (tidak ada thermometer) dan tekak saya berasa amat kering. adakah ini simtom covid19? jika ya, perlukan saya pergi direct ke hospital?
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Memandangkan anda menaiki lrt dan mengalami gejala batuk dan suhu yang meningkat, sila lakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk makluman anda simptom COVID-19 boleh mempunyai persamaan dengan penyakit lain. Jika anda mula untuk menunjukkan simptom, anda perlulah melaporkan diri ke hospital ataupun klinik dengan kadar segera. Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































