Sulit
4 tahun
Batuk ketika covid makin teruk selepas minum ubat batuk
mak saya positive covid dan sedang quarantine dirumah, selepas minum ubat batuk, batuknya semakin teruk… patut tak mak saya berhenti minum ubat batuk dan ambil pill batuk instead?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, fungsi serta kesan ubat minuman dan pill batuk adalah sama. Sekiranya batuk ibu anda tidak dikawal, mungkinnya beliau memerlukan dos ubat yang lebih tinggi, sila merujuk kepada doktor anda untuk perubahan pada dos ubat batuk tersebut.
Selain itu, sekiranya gejala ibu anda jadi semakin teruk, contohnya sesak nafas, pitam, batuk darah dan lain, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































