littlecaptain1301
4 tahun
Batuk melebihi 1 bulan
Saya wanita berumur 20 tahun dan saya mengalami batuk sudah melebih 1 bulan, 2 jenis antibiotic telah saya habiskan dan masih belum pulih. Selain itu, pada awal2 gejala, saya mengalami demam (on-off), kurang selera dan berat badan. Batuk saya juga kadang kering dan kadang berkahak (warna jernih)…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Tuberculosis (TB)
- Asma
- COPD
Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengecualikan Jangkitan TB.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.