
Sulit
5 tahun
Batuk perpanjangan dan telinga berdesing
Saya wanita berusia 37tahun, mengalami batuk hampir sebulan lebih, selsema, kahak berwarna kuning, mild fever on & off dan sakit-sakit badan. Saya telah mendapatkan rawatan di klinik. Ujian darah juga telah di ambil.Keputusan semua dalam keadaan baik Ubat2 juga telah saya makan.Namun saya masih mengalami simptom di atas dan terbaru (seminggu) telinga saya mulai berdengung tetapi tidak sakit.Tiada air yg tersumbat, tiada tahi telinga setakat saya korek.Namun ianya tetap berdengung dan berdesing. Boleh doctor terangkan apa permasalahan saya? Sekian terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah telinga berdesing ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usia
- Bunyi yang kuat
- Tahi telinga yang penuh
- perubahan tulang telinga (Otosclerosis)
- Salur telinga eustachian tidak berfungsi dengan baik
- Ketumbuhan di telinga
- Penyakit Meniere
Setiap penyakit yang disenaraikan mempunya gejala yang berkaitan seperti pendengaran yang rosak, pening kepala, muntah-muntah dan sejarah jangkitan virus yang teruk. Kami memerlukan lebih maklumat untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.