
Sulit
5 tahun
Batuk rada gatal pada tekak
sy mengalami batuk…tapi tak teruk laaa…rasa gatal pada tekak…perlu tak sy buat pemeriksaan dokter…?demam,sakit kepala atau badan tak ada…cuma gatal tekak dan batuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Tonsilitis
Pharyngitis
Allergic rhinits
Kurang minum air
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Buat masa sekarang, anda awasi dahulu gejala anda. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.