
Sulit
5 tahun
Batuk, sakit tekak dan sakit dada
Saya perempuan berumur 19 tahun. Saya kerap batuk2 sehingga sakit tekak dan sakit dada. Ketika saya minum air suam, tekak terasa gatal dan ingin batuk. Rasa seperti kahak tidak keluar. Sudah lama saya kerap batuk batuk ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara lain, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Masalah tiroid
Tambahan kepada merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Merujuk kepada dada, ia memerlukan keterangan dan penjelasan lanjut. Sekiranya sakit kerongkong tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.