
zulaika0726
5 tahun
Batuk Secara Berterusan
Saya mengalami waktu secara berterusan seingat saya dalam 2-3 minggu. Saya berfkir hanya batuk-batuk biasa, adakah normal batuk berpanjangan ini? Sy cuma mengalami batuk berterusan tanpa kahak, dan tiada mengalami gejalah2 yg lain.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk tanpa kahak berpanjangan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Luka tekak - akibat asid refluks, jangkitan kulat/kuman, kecederaan (akibat minuman panas kerap)
- Penyakit asma - boleh berlaku pada orang dewasa walaupun tidak pernah mengalaminya ketika kecil
- Allergic Rhinitis (resdung) - apabila lendiran hingus memasuki saluran udara (post-nasal drip) ia akan membuatkan refleks batuk
- Pneumonia - jangkitan kuman dalam paru-paru
- Penyakit tibi - adakalanya penyakit tibi akan menyebabkan batuk kering juga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.