
Sulit
5 tahun
Batuk selama 3 minggu
Saya wanita 33 tahun. Saya ada batuk, sakit tekak dan running nose. sakit tekak sudah ok. tapi saya masih ada sikit batuk dan sedikit short of breath, saya sudah pergi jumpa doctor dan buat xray paru-paru dan report my lungs clear. so doctor cakap saya’bronchitis’dan sinus, doctor ada bagi saya inhale dan ubat batuk. tapi saya masih ada sedikit batuk dan short of breath. adakah saya perlu buat COVID test?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk pengetahuan anda, ujian COVID-19 hanya akan dilakukan ke atas individu yang berisiko tinggi dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian kesihatan. Justeru, anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain ujian COVID-19 di hospital, anda boleh membuat ujian ini dengan syarikat swasta melalui link ini COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga jawapan saya dapat sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini