thesophie4
4 tahun
Batuk selepas bebas dari covid
Saya baru bebas dari covid seminggu yang lepas. Adakah normal kalau saya still ada batuk ? Tetapi batuk normal sahaja. Dan untuk deria bau dan rasa , berapa lama ia akan mengambil masa untuk 100% pulih ya ? Saya dah boleh rasa and bau cuma belum 100% . Thanks doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami batuk, seperti:
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
Selain itu, adalah normal untuk masih mengalami gejala batuk buat seketika setelah sembuh. Mengenai tempuh pemulihan deria bau dan rasa, setiap orang mengambil masa yang berbeza untuk pulih. Oleh itu, kami tiada jawapan yuang tepat mengenai persoalan ini.
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































