
Sulit
5 tahun
Batuk Selesema Demam
Salam. Sy dah batuk lebih 3minggu. Sy ade ke klinik dan dpt antibiotik tp batuk sy tak baik. Dlm 3 mnggu klu sy ada rasa nak demam atau selesema sy terus mkn ubt dan dmm atau selesema sy akan baik tp batuk sy ttp tak baik. Adakah sy berisiko jangkitan convid19? Sy tak ada contak rapat dgn pesakit positif convid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, batuk, selesema dan demam boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- jangkitan virus influenza
- common cold
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Hipertiroid
- Masalah keresahan anxiety
- Penyakit jantung koronari
Berdasarkan simptom yang anda hadapi, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini