
Sulit
5 tahun
Batuk, selsema dan sakit tekak hampir sebulan
Saya F/26 tahun mengalami batuk, selsema dan sakit tekak sejak 9/2. Waktu ni sy juga demam. Tapi sudah sihat dari demam… Sudah mendaptkn rawatan di klinik berhampirann, tp batuk selsema dan sakit tekak masih berpanjangan sehingga ke hari ini. Sudah pergi ke KK utk ambil sample kahak. Tp result keluar hujung bulan 3. Ada saranan lain buat sementra waktu ni? Atau adakah sy patut membuat saringan covid-19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda mengawasi gejala yang anda hadapi. Sekiranya semakin terus anda dinasihatkan untuk kembali berjumpa dengan doktor. Selain itu, anda juga disnasihatkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Untuk mengetahui keperluan sesorang individu untuk melakukan ujian saringan COVID-19, risiko haruslah diketahui. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini