lisa110374
5 tahun
Batuk, sometimes tekak ada sakit, dada sakit n suka untuk bernafas
saya Lisa berumur 31 tahun,married with 4 kids, sejak Lockdown day 1 smpai skrg, sy mbgalami batuk(mild) berkahak, kadang dada sakit, Dan sukar untuk bernafas. sy juga ada history asthma tp tht was 2 years back.sy ade pg check doc cakap tekak xda apae n lung clear but heartbeat fast. So doc jz bg ubat batok n broxamine syrup untuk buang lendir. Husband so far dh 3 kali kluar bli groceries n hnya 2 kali turun office sbb hal kerja. Pencegahan seperti mandi slpas balik Dr mart or office, cuci tgn, pstikn rumah bersih semua dh buat. Skrg I’m worried n confius simptom2 COVID cz husband br mnunjukkan baru nak batuk2. Ada kah itu semua simptom? So far xda direct contact dgn +ve. Can u pls advice me.and is it true starting frm 1st April to 14 April adalah minggu yg Sgt kritikal untuk jangkit an covid sbb b Pmbawa B akn kluar n tunjuk simptom? N some say tht covid xde simptom langsung. Can I hve ur advice n explanation. Tq.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Seperti yang anda dapat lihat dia atas, gejala berikut merupakan gejala yang sering kitta lami. Maka, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Selain itu, terdapat kes yang tidak menunjukkan gejala. Hal ini kerana ia bergatung kepada imuniti seseorang.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahu punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































