
Sulit
5 tahun
Batuk tapi tiada demam atau selsema
Saya F/25. Mengalami batuk dah kahak selama 2-3 hari. Saya juga sakit sakit badan/ feverish tapi Tiada selsema Or high temperature. Last travelled to Indonesia on 29th December to 3 January 2020. Should I stay home for a few days and observe my condition or should I get tested now ?

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang anda ajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak COVID-19. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Memandangkan anda baru pulang dari Indonesia dan mengalami gejala seperti batuk dan sakit badan, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda disarankan untuk berehat di rumah jika simptom yang anda alami masih tidak pulih dan untuk mengelakkan daripada orang ramai dijangkiti. Anda juga disarankan untuk melakukan ujian COVID-19 jika anda telah bertemu dengan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19 atau jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak berkenaan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap jawapan saya dapat sedikit sebanyak membantu anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini