
Anonymous
3 tahun
Batuk terus keluar air kencing
Saya wanita 45 tahun … saya mengalami masalah batuk … semasa batuk saya terus terkencing … sampai pakai pad 2 lapis tembus …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah pada sistem perkumuhan anda. Biasanya wanita mudah menghidap masalah yang dinamakan “incontinence”. Iaitu masalah tidak dapat menahan kencing. Terdapat pelbagai jenis incontinence dan pelbagai punca boleh menyebabkan masalah ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah ini, maklumat lanjut daripada pihak anda serta pemeriksaan dan beberapa ujian juga mungkin diperlukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Anda boleh ke klinik atau hospital berdekatan, atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat dan pandangan lanjut dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.