
arieysafia27
5 tahun
Batuk yang berterusan
salam doc.
Anak saya m/5thn… kerap demam batuk dan selsema sejak januari 2020.
Sejak januari dalam seminggu pasti ada 2-3 sehari yg dia tidak sihat. 22/1 telah ke klinik untuk dapatkan ubat demam dan antibiotik.
22/2 sekali lagi amik ubat dan antibiotik serta buat ujian darah. ujian menunjukkan wbc 12. Selang 5 hari ambil antibiotics, 28/03/20 pergi ke hospital utk buat ujian darah semula kerana demam kuat 39 dan result bacaanya Wbc 19. Menurut doc tonsilnya bengkak dan bernanah… x ray paparu2 ada sedikit jangkitan. Discaj dengan antibiotics utk 10hari.
(28/03/20-8/03/20)
Selepas 3 hari tidak lagi makan antibiotics… 12/03/20 anak sy mula batuk semula… semakin hari semakin kerap terutama ketika waktu malam tetapi tidak demam.
Soalan sy perlukan sy bawa dia semula ke hospital atau cukup sekadar memberi nya ubat batuk dari farmasi? .Adakah kerana tidur dalam aircond penyebab batuk berulang doktor? Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi kerana anak anda mengalami gejala batuk yang berpanjangan. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus seperti influenza
- masalah tonsil yang masih berlanjutan
- jangkitan paru-paru
- Asma
Anda disarankan membawanya berjumpa dengan doktor segera kerana terdapat kemungkinan masalah yang anak anda hadapi masih belum selesai dan atau anak anda dijangkiti masalah kesihatan yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.