Sulit
2 tahun
Bau seperti darah dalam tekak
saya remaja berumur 18 tahun . masa saya dengar lagu menggunakan headphone dengan volume yang agak kuat pada waktu yang agak lama , ketika saya stress , tiba tiba saya terasa seperti ada darah / bau darah dari dalam tekak . bau yang agak kuat , dalam beberapa minit . saya cuba periksa hidung , jika berkemungkinan hidung saya berdarah , tapi tidak . kenapa hal ni terjadi doktor? adakah ia boleh menjadi teruk atau adakah ini simptom penyakit?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda terasa seperti ada darah atau bau darah dari dalam tekak, mungkinnya ia boleh disebab oleh beberapa perkara seperti jangkitan, kecederaan atau keradangan amandel atau tekak.
Gejala ini tidak berkaitan dengan anda menggunakan headphone dalam volume yang kuat.
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut untuk pemeriksaan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda supaya penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.