Sulit
5 tahun
Bawah mata berdenyut
Saya berumur 21 thn. 3 hingga 4 hari yg lepas, saya mengalami sakit kepala. Dan ada denyutan di bawah mata kiri saya. Keesokannya sakit kepala dah hilang, tapi denyutan masih berterusan hingga saya rasa tak selesa. Dan sampai harini denyutan tersebut masih terasa. Apakah punca dan perkara yang saya perlu lakukan?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Tekanan darah tinggi (hipertensi)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda disarankan untuk melakukan langkah-langkah yang berikut:
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk pemeriksaan mata
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































