
Sulit
4 tahun
Bawah rahang sebelah kanan bengkak
Saya wanita berumur 20an , saya perasan bawah rahang sy ada ketulan keras mulanya boleh bergerak. Sekarang rahang sebelah kanan saya dah bengkak. Tapi xsakit langsung. Saya xde demam, batuk, sakit tekak. Sy dalam keadaan sihat kecuali sy mmg ada alergik rhinitis.
Keadaan bengkak ni da melebihi berbulan² lamanya. Saya risau akan kesihatan sy. Boleh beri nasihat mcm mana sy nk ketahui masalah sy. Sy tiada sakit gigi atau gusi. Sy nk pergi KK tapi xtahu mcm mana nak bagitau untuk buat pemeriksaan lanjut

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak pada rahang boleh disebabkan:
- Radang kalenjar parotid
- Mastoiditis - radang mastoid
- Radang sendi rahang - Temporo-Mandibular joint syndrome
- Abses gigi
- Bengkak kalenjar leher
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.